Kereta Api Bawah Tanah Toronto
Kereta Api Bawah Tanah Toronto

Kereta Api Bawah Tanah Toronto

Kereta Api Bawah Tanah Toronto (Bahasa Inggeris: Toronto Subway) merupakan sebuah sistem alihan laju di Toronto, Ontario, Kanada yang mengandungi aliran kereta api bawah tanah dan juga rel bertingkat. Ia dikendalikan oleh Suruhanjaya Transit Toronto (Toronto Transit Commission, TTC). Sistem kereta api ini adalah yang pertama disiapkan di Kanada dimana aliran rel pertamanya dibina di bawah Jalan Yonge dan ia telah dibuka pada 1954 dengan 12 stesen. Sejak itu, sistem ini menjadi sistem alihan laju terbesar (dari segi stesen) dan kedua tersibuk di Kanada dengan purata 1,084,600 penumpang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (setakat Q1 2014), selepas Metro Montreal.[3] Sistem kereta api ini merangkumi empat buah aliran dan 69 buah stesen yang melalui laluan sepanjang 68.3 kilometer (42.4 bt),[1] dengan enam buah lagi stesen dan penambahan laluan sepanjang 8.6 kilometer (5.3 bt) yang dijadualkan akan dibuka pada musim luruh 2016.[2]Pihak TTC kadangkala menggunakan istilah "alihan laju" untuk keempat-empat aliran,[4] tetapi bagi orang awam, mereka memanggilnya "aliran kereta api bawah tanah" kecuali bagi aliran Scarborough RT yang dipanggil sebagai "RT" sahaja.

Kereta Api Bawah Tanah Toronto

Panjang kereta api 4 dan 6 gerabak
Panjang sistem 68.3 km (42.4 bt)[1]
8.6 km (5.3 bt) (dalam pembinaan)[2]
Pengelektrikan Rel ketiga 600 V DC (Bawah tanah)
Rel ketiga, aruhan linear (RT)
Jumlah stesen 69[1]
6 (under construction, Yonge–University–Spadina)[2]
Tolok landasan 1,495 mm (4 kaki 10 ⅞ in) (Bawah tanah)
1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)
(RT - tolok piawai)
Lokasi Toronto, Ontario, Kanada
Jenis transit Alihan laju
Laman sesawang TTC
Peta sistem
Peta sistem

Jumlah kenderaan 706 kereta api bawah tanah dan rel bertingkat
Jumlah laluan/aliran 4
Pengendali Suruhanjaya Transit Toronto (TTC)
Bil. penumpang harian 1,084,600 (purata kecuali hujung minggu,
Q1 2014)[3]
Mula beroperasi 30 Mac 1954